Tahukah anda?
Geografi ekonomi adalah berkaitan dengan variasi wilayah dimuka bumi yang merangkumi aktiviti manusia yang meliputi : pengeluar, pengguna, dan pengedaran dalam hubungan dengan lingkungan tempat hidupnya (Alexander, John.W dan Gibson, L James.1979. Economic Geography. Prentice, Hall of India, Private Limited.New Delhi.)
Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi. Bagaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan Jeffrey Sachs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebahagian geografi ekonomi.[1] Krugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa sebagai "geografi ekonomi baharu" yang bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai "geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.
• Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi ruangan.
• Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan ruangan dan pengagihan aktiviti ekonomi.
• Geografi ekonomi kawasan mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau negara-negara di dunia. Ia juga mengkaji wilayah ekonomi.
• Geografi ekonomi kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis sezaman dan falsafahnya.
• Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji proses kognitif yang mendasari taakulan ruangan, pembuatan keputusan lokasi, dan tingkah laku firma dan individu.
Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbeza, termasuk:
- ekonomi bentuk bandar;
- ekonomi etnik;
- ekonomi jantina;
- ekonomi penumpuan (juga dikenali sebagai "talian" atau "rangkaian");
- gentrifikasi;
- globalisasi;
- harta tanah;
- hubungan antara alam sekitar dengan ekonomi (mengikat sejarah panjang ahli geografi mengkaji saling tindak budaya-persekitaran);
- lokasi industri;
- pengangkutan;
- perdagangan dan pembangunan antarabangsa; dan
- teori teras-pinggir;
Geografi ekonomi boleh dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang berikut:
- Geografi Pertanian
- Geografi Industri
- Geografi Perdagangan Antarabangsa
- Geografi Sumber
- Geografi Pengangkutan dan Komunikasi.
MASALAH GEOGRAFI EKONOMI DALAM PEMBANGUNAN
No comments:
Post a Comment