Assalamualaikum,ari nie sye ad final exam kajian sumber alam dan alam sekitar,,,,fuhhh menyeramkan,,,hope dpt jwb semua dgn betul n bley dpt pointer atas 3.5,,,,ari nie sye nk share skit kt korang pasal langkah pembangunan lestari,,,,,hope dpt manfaat dri ap yg ingin sye sampaikan,,,,,wassalam
LANGKAH -LANGKAH MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN LESTARI (MAMPAN)
1.Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup.
2.Penggunaan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
3.Pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar.
4.Memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan.
5.Aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai.
teruk
ReplyDeleteKalau teruk jangan laa tengok...
DeleteKAU BAGI NOMBOR TELEFON MAK KAU LAH BABI
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeruk !!
ReplyDeleteKurang asam
Deleteππππ time kasih~
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat. senang nak buat kerja.. mudahan urusan penulis dipermudahkan..
ReplyDeleteAmin
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemoga diredhai allah :) Terima Kasih!
ReplyDeleteAmin...
DeleteTeruk fck
ReplyDeleteAmboi mulut....
DeleteGoodd❤❤❤❤ suka sangat
ReplyDeleteAlhamdullillah
DeleteGood
ReplyDeleteBaguss..senang nk faham
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih sangat. Banyak membantuπ
ReplyDeleteTerima Kasih banyak membantu anak dlm tajuk nie
ReplyDelete